Wanie STory! belogayamgoreng.blogspot.com: 2012

Saturday, 1 September 2012

Hwayoung T-ara Tarik Diri....

ASSALAMUALAIKUN....

Hello semua.... semua sedia maklum yang CikWANIE ni tersangatlahhhhhhh minat dengan kumpulan K-POP ~T-ARA!!! Hoyeahhhhhh..... bagi sapa yang tak tahu dan tak kenal boleh ke SINI atau SINI untuk mendengar lagu dari kumpulan diorang sekali dengan sedikit info mengenai diorang ^______^....huhuhuhu

inilah kumpulan diorang yang sangat popular dengan lagu terbaru > DAY BY DAY
kalau nak dengar sila la search kat YOUTUBE ye cik.. ^_________^


Dipendekkan cerita Hwayoung atau nama sebonarnya RYU HWAYOUNG telah menarik diri dari kumpulan ini, disebabkan beberapa kontroversi yang mengatakan bahawa Hwayoung ni kena buli dengan ahli kumpulan T-ara yang lain.. Dan banyak dekat blog-blog sekarang tengah heboh mengenai penarikkan diri Hwayoung yang secara tiba-tiba... Dan setelah disiasat barulah mengetahui perkara yang sebenar yang Hwayoung ni kena buli dengan ahli kumpulanya... Dan banyak kat luar sana para VBLOGGER dan BLOGGER yang dah kumpul bukti-bukti mengenai kes buli ni...

ANTARANYA....

Pada 29 Julai beberapa komuniti telah menghantar gambar yang berjaya ditangkap melalui rancangan 
"Star Life Theater" dimana Hyomin telah ditangkap bertindak 'poking' dengan jarinya disekitar mata Hwayoung..

Seterusnya.. Jepun telah menyiarkan, Eun Jung telah memaksa dengan kasarnya Hwayoung memakan kek nasi tanpa belas kasihan.. Sementara Hyomin tersenyum kelat dan mengangap itu hanya sekadar GURAUAN!!

dan yang nie gambar ketiga... kalau korang nak tahu apa dia bolehla pergi kat link nie

Dan setelah sekian lama kontroversi menular Hwayoung telah tampil memberi penjelasan dan memberitahu bahawa dia akan MENARIK DIRI dari kumpulan T-ARA.... so sad sangat sebab aq sangat suka cikHwayoung ni buat rap antaranya...

lagu- WE WERE IN LOVE!
lagu ~> Day by Day
masa opening dan pertengahan tu...
dan kalau perasaan kat video ni dah berlaku dah pertegangan antara diorang... ~_~
kalau tengok kat muka Hwayoung... dan anggota lain..

Saturday, 18 August 2012

♥♥ SELAMAT HARI RAYA!! ♥♥

ASSALAMUALAIKUN....
FIRST SEKALI NAK UCAP!!!


hohoohohohohoho..... x sabor nak berbuka satgi... sekarang dah pukul 5
sabor jelah lagi 2 jam lagi.....kikhkhkhihihkhihk... :)
daannnn...
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

haishhhh jangan terliur tau......
ketupat dan rendang MINANG masak ayam..
(betul ke tak??)
memang sedap dan best sangat makan untuk berbuka..
dan wani banyak ratah ayam ni...sampai abang wani jeless...
siap cakap jangan makan banyak sangat nanti habis...
heheheheh....jelesss la tu....
tapi my mom cakap makan je ada lagi ayam dalam peti sejuk yang belum dimasak...
oyeeeahhhh... THANK MOM!

so sekali lagi wani nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin... yew...
semoga tahun depan kita jumpa lagi bulan Ramadhan...
INSYAALLAH.. ^_______^

wasalam...

Thursday, 16 August 2012

After Iftar~~~

ASSALAMUALAIKUN.... hye dude!! sekarang kita dah berada kemuncak BULAN RAMADHAN yang mulia ni butul tak?? :) soooo mesti dah beli baju raya manyak-manyakkann for the AidilFitril right?? rumah terbuka ada buat tak tahun ni?? kalau ada kasi address tau nanti wani mesti pergi punya kalau dekat dan time yang tak petang-petang sangat, sebab kalau petang sangat wani dengan family kena balik kampung raya pertama ni... :)

 so tadi wani dengan family lepas iftar je kitorang rehat-rehat kejap bagi nasi turun dalam perut la orang katakannn... so sementara tu layan cokelat honey dan kacang cerdik sambil tengok GENG SURAU!! :P

I don't know why they call this peanuts "KACANG CERDIK" ??
can anyone explain to me?? :)

ABAH: Nahhh... makan kacang cerdik nie.....
ME    : Ommaa.... kacang cerdik??? Kacang bengong ada tak??
OMMA: Kacang bengong nak makan buat apa??
ME: Adik tanya jew... Ada ke tidak???
OMMA: Merenung aq macam makan jewwww....

Yang ni pulak coklat honey bee yang cute sangat...^_^
CUTE TAK??? ^_______^


Yang ni dah buka dah...rasanya boleh laaaa...

semua ni my omma and abah yang beli kat BUKIT KAYU HITAM
kat tempat yang bebas cukai tu....
THANK MAKK ABAHHH!!! :)))

Saturday, 11 August 2012

people part:3

ASSALAMUALAIKUN.... 

hello mokcik-pokcik and the gangs!! SELAMAT HARI SABTU!!
semoga hari sabtu ni membawa keberkatan pada kita memandangkan kita sekarang berada di bulan PUASA yang penuh dengan keinsafan dan keberkataan... dan memandangkan kita dah berada 10 malam terakhir...
marilaaa semua kita bangun pagi buat solah sunat, baca AL-QURAN pada waktu pagi dan disamping itu pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan pada tahun ini boleh buat solat hajat minta untuk lulus periksa dan pada masa yang sama jugak kita mendekatkan diri dengan yang MAHA ESA.. 
^___________________________^

so disebabkan hari ni hari mulia dan berada di bulan yang lebih baik dari seribu bulan..masih ada lagi orang yang bertelagah sesama kita... macam kawan wani dua orang nie..
yang paling sedihnya diorang gaduh pasai LELAKI!!!
diorang siap bermention-mention kat fesbuk... dan sekarang sedang giat menjual no...
aiyooooooo whyyy korang jadi macam ni??
dulu korang BFF sangat sampai buat kumpulan segala bagai...tapi sekarang.....
SEEEE!!

sebagai kawan wani patut tolong diorang betul tak??
tapi bagi wani TAK MUNGKIN!!
sebab banyak kawan wani dengar cerita diorang hanya sebelah pihak saja..
kemudian mulala bermusuhan pulak...
dari 2orang menjadi +++++++

dan bagi masalah ini wani takkan masuk campur... sebab wani bagi dengan kedua-duanya sekarang
dan wani taknak nanti wani terambil silap jalan dan benda ni akan jadi lebih buruk...
so pada wani biar diorang settle masalah ni sendiri dan wani cuma orang luar saja...
cerita yang disampaikan oleh duaorang ni mungkin ada tokok tambah jadi biarkan diorang selesaikan sendiri kan??


P/S: dengar lagu raya lagi best... zzzzzzzzz

Friday, 10 August 2012

Review Horror English Movie: Child's Play

ASSALAMUALAIKUN.... kerap kali sudah cikwani jarang untuk update disebabkan kesibukan untuk mentelaah buku untuk PMR ni... well khamis lepas wani dah ambik percubaan pmr... tapi masih awal untuk wani dan kawan-kawan lain untuk bertenangkan??? sebab yang real pmr x ambek lagi... so untuk hari ni wani nak update satu filem seram (tak kottt) yang masih kecik-kecik dulu( sekarang dh besar) suka tengok cerita ni time mama dengan abah hantar wani ke rumah pengasuh(belakang umah ja pown).. dan time tu kalau layan cerita hantu sikit ja... mesti tarik selimut sebab takut...
 
 tapi sekarang tak.. mungkin sebab tengok cerita hantu x berapa nak tangkap mood seram.... sebab dah biasa tengok cerita melayu punya lagi seram betul tak???..... thumb ups if you think, im same with you!! CHEERSS...
so apa tunggu lagi jom kita review sikit cerita CHILD'S PLAY!!!

SINOPSIS: Pada hari jadi Andy Barclay telah mendapat anak patung "GOOD GUY'S" , selepas dia menlihatnya di kaca televisyen. Anak patung yang dibeli oleh emak Andy di tepi jalan telah dihuni oleh satu jiwa seorang pembunuh kejam yang bernama Charles Lee Ray. Pembantu rumah dia Maggie Peterson telah dibunuh oleh patung CHUCKY yang dihuni jiwa Charles Lee Ray, selepas Maggie mendapat tahu bahawa CHUCKY boleh bercakap malah boleh berjalan!! Untuk Chucky kembali semula ke rupa asal, beliau harus membunuh Andy kerana beliau ialah orang pertama yang mengetahui bahawa Chucky boleh bercakap!! Nak tahu apa yang terjadi?? Huhhhh scroll kebawah untuk pergi ke linknya ok!! ^_______^

BRAD DOURIF sebagai CHUCKY!!!

Alex Vincent as Andy Barclay

Catherine Hicks sebagai Karen Barclay

Chris Sarandon sebagai Mike Norris 

CLICK UNTUK TUMBUHBESAR!!

nampak baik kannn???
XDDDD

VIDEOS LINK!!!!
PART 1> KLIK SINI!!
PART 2> KLIK SINI!!
PART 3> KLIK SINI!!
PART 4> KLIK SINI!!
PART 5> KLIK SINI!!
PART 6> KLIK SINI!!

PESANAN IKHLAS DARI PENAJA: SELAMAT MENONTON!! WASALAM!!
^______________________________________^

Friday, 3 August 2012

Waktu menunggu puasa......

ASSALAMUALAIKUN.... selamat berbuka semua bagi yang dah berbuka dan bagi yang belum tu sabor la yooo... apo boleh buek... tak masuk waktu lagi.... hehehehehhe :PP

Jadi sementara menunggu nak berbuka tu... boleh kita buek aktiviti yang berfaedahkan..
seperti omak eden sekarang ni sedah menjahit baju kawe.... ohhhhhyeaaaahhhh... sudah hampir siap...
sementara kawe pulak main game online atau tengok KAROOT KOMEDIA X.....
kalau korang nak tengok game apa yang wanie main?? dan EPisod berapa karoot Komedia 
jomm tengok kat bawah nie.... ok :)

haaaaaa... game pizza ...hehehhehhe... untuk pengetahuan korang game pizza nie dia kena masak pizza untuk superhero kecik-kecik yang kalau korang nampak ada 2 budak tengah makan pizza... heheheh

yang nie pulak kalau korang tengok ada seorang budak kecik tu marah sebab pizza dia tak masak lagi...hehheheh

tengok wall screen pause pon comei jugak...heheheh XD

x lupa KAROOT KOMEDIA X episod 5> http://www.youtube.com/watch?v=hkz3yPdpkrk

huuhuhuhuhuhuuh.... itu saja yang nak dikongsi... wasalam.. :)

Review Korean Drama: LOVING YOU A THOUSAND TIMES...

ASSALAMUALAIKUN.... hari ni wani nak buat sedikit review mengenai Korean Drama yang wani tengok sekarang kat ASTRO PRIMA jam 4- 5:30 petang. memang best sangat wa cakap sama lu... kalau nak tahu jom baca sedikit sinopsis mengenai drama ni!! :)

SINOPSIS: Loving you a thousand times mengisahkan pasangan suami-isteri iaitu, Baek Sae Hoon dan Lee Sou Young yang telah 7tahun mencuba untuk mendapat anak tetapi tidak berhasil. Emak Sae Hoon telah meminta agar menantu perempuannya iaitu Sou Young untuk berpura-pura mengandung. Manakala Go Eun Nim telah diupah untuk menjadi ibu tumpang kepada anak Sae Hoon dan Sou Young tanpa pengetahuan Sae Hoon.

SENARAI PELAKON:

Go Family
Baek Family
Lee family
Other people


Drama korean ini mempunyai 55 episod dan genrenya ialah kasih-sayang dan kekeluargaan. Kat bawah ni wani ada letak tempat yang korang boleh tengok cerita korean ni secara online... jom kita pergi usha dulu!!!


senarai pelakon drama korean ini....

Lee Soo Kyung as Go Eun Nim

Jung Gyu Woon as Baek Kang Ho

Ryu Jin as Baek Sae Hoon

Go Eun Mi as Lee Sun Young





So korang dah tengok gambar, sinopsis dan online watching website kan?? so nak dengar jugak tak soundtrack drama ni?? kalau nak angkat tangan ... XD yessss jom kita load kat bawah nie!!! :)))


oklah wani nak sambung tengok drama ni... SELAMAT BERBUKA ye kengkawan... :))

Wednesday, 1 August 2012

Sukan Olimpik 2012 Agenda Freemason, Illuminati Dan Zionis

ASSALAMUALAIKUN....




Ok korang hari ni wani akan tunjukkan sedikit mengenai SUKAN OLIMPIK LONDON yang sekarang ni dok sibuk kat sana time ni.. dan Malaysia juga ada menghantar wakil kat sana kalau tak silap.. untuk menyertai pertandingan tersebut.. jadi kat bawah ni ada satu pembongkaran besar pada sukan olimpik tersebut jom kita tengok!!!
Okay sekarang kita tengok dulu pasal logo Sukan Olimpik 2012 nie yang membentuk seakan-akan 2012 kan. Tapi cuba korang perhatikan betul-betul, kalau ia disusun satu persatu, macam membentuk perkataan kan? Seperti Z.I.O.N iaitu membawa maksud ZIONIS! Tidak dinafikan logo Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan Israel. Lihat sini juga --> http://bit.ly/R2R2uw  Lihatlah betapa licik dan jahatnya Yahudi Zionis dalam mencipta propaganda dan kaedah sulit untuk menghancurkan umat manusia. Memang benarlah kata-kata sesetengah pihak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang menyebabkan umat manusia sering huru-hara sehingga tidak sunyi daripada peperangan. Memang layak mereka mendapat laknat Allah swt dalam Al-Quran.

 huraikan dengan gambar kat atas. So senang nak faham. Korang tengok video Maskot Olimpik 2012 di SINI plak. Babak semasa besi ini dihidupkan seolah -olah ada satu kuasa yang boleh menghidupkan patung yang asalnya besi kimpal seolah - olah ingin menunjukkan kuasa sihir yang sangat hebat.
Kontroversi melanda kedua-dua maskot ini apabila ia hanya mempunyai satu mata sahaja..Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist..Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012..

Kalau nak tgk video perasmian tu klik link ni VIDEO perasmian olympic london 2012 OPENING CEREMONY.
Korang dah tengok upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu... Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. ! Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya.Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud :
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung disebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
UPDATED!!
Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Lihat Juga Di Sini --> http://bit.ly/QdbfRv Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.
1 HASTA = 45.72 CM

40 HASTA = 1828.8 CM 

1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.


CREDIT TO=> fizgraphic.com

layan karoot komedia episod 2 kat sini> http://www.youtube.com/watch?v=6NVVGJ5fd5k

Thursday, 12 July 2012

Review Filiphino Drama: MARA CLARA!!

ASSALAMUALAIKUN....hari ni wanie nak buat review drama philiphine *taktaueja:P* yang sekarang dok tayang kat TV3... setiap ISNIN- KHAMIS jam 3petang lepas cerita Anakku bukan anakmu *taktaubetulketak* .. cerita ni wanie boleh simpulkan yang cerita ni sangat menarik dan best... percaya atau tak... petang tadi wanie tengok drama sampai menitis air mata masa part yang si CLARA jatuh ke lantai dan kepala berdarah... hahahah tetiba ja...aishhhmennn x macho mehhh... muehhehheheh :P..

 untuk pengetahuan korang semua MARA CLARA nie adalah remake semula dari MARA CLARA 1992.. kalau korang tak percaya boleh klik kat sini> SINI MEHH!!
dan kalau wanie tak silap jumlah semua episode MARA CLARA nie 158 episode... waaauuuu jenuh hanggg!!! XD..so kat bawah nie wanie ada sedikit info mengenai MARA CLARA... hope korang heppy muehhahhaha..:P


Adaptation

Mara Clara is a remake of the 1992 television series, Mara Clara an adapted novel and serial of Emil Cruz Jr. produced by ABS-CBN. In 1996, the original TV series was adapted into a film where the whole cast reprised their role except for Eruel Tongco's character Gary Davis who was played by William Martinez in the movie due to Tongco's death. In August 2010, ABS-CBN announced that they have decided to remake the television series[3] with Kathryn Bernardo slated for the role of Mara opposite Julia Montes as Clara.[4]

[edit]Synopsis

The story is about two girls that were switched at birth. One girl was named Mara, and she grew up as a nice, intelligent, sweet, down-to-earth but a very poor young lady. The other girl was named Clara, a mean, spoiled, intelligent, but a very rich young lady. They both went to the same school and became very close friends. Then Clara thought Mara was just being friends with her because she thinks Mara is trying to steal everything away from her. Then Clara starts to hate Mara fully as a form of revenge and makes Mara's life miserable. They do not know that Clara was supposed to be Mara, and Mara was supposed to be Clara, which means Mara was supposed to be the prosperous one and Clara was supposed to be the impoverished one. Will Mara and Clara ever find out who they really are?

Cast

[edit]Main cast

[edit]Supporting cast





Kathryn Bernardo as MARA
 Julia Montes as CLARA


 trailer mara clara..
                                            >http://www.youtube.com/watch?v=AgXvoq6kpAY&feature=relmfu <part2
                                            >http://www.youtube.com/watch?v=6fjsHTt6EMk&feature=relmfu < part 3
wasalam..

Tuesday, 3 July 2012

Mustafa Kemal Ataturk Pemusnah Empayar Islam..

ASSALAMUALAIKUN.... sekadar berkongsi dari sebuah blog :)



Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).


Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  •  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh  Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na’udzubillahi min zaalik….

Wallahu’alam